Monday, August 17, 2009

Hadiah 'Otomen' Lagi

Anakanda Amrullah 2 Tahun










Tanggal 5 August 2009, genaplah anakanda Ahmad Amrullah berusia 2 tahun. Dah besar dah anak ibu. Tapi kami tak buat apa-apa pun sebab anakanda Amrullah demam masa ni. So malam tu abah bawa pi Klinik Anjung Karisma. Coz ni dah hari ke3 Amrullah demam tak kebah-kebah. Risau juga. Yela, sekarang ni kan banyak kes selsema babi, dah la baru balik dari Medan. So untuk keselamatan baik pi check. Kira sambut birthday di klinik jer la. Anakanda Amrullah kalau demam sedih ibu tengok. Yela, Amrullah kan jenis aktif, tiba-tiba jadi pasif. Terasa sunyi rumah. Ibu pun tkdelah terjerit-jerit "Along Amrullah! Jangan kacau adik". Macam ada je yang tak kene. Alhamdulillah doktor kata Anakanda Amrullah demam biasa. Suhu demam agak tinggi, 37.9C. Mungkin sebab cuaca sebab ramai jugak kanak-kanak demam sekarang. Doktor bagi ubat demam dan Antibiotik.










Gambar di atas di 'snap' oleh tuan empunya diri sendiri. Hi..nak jadi fotografi pulak ke anakanda ni...

Alhamdulillah, esoknya lepas makan ubat yang di beri, nampak kesan positif. Demam anakanda mula kebah. Petang tu, anakanda dah mula aktif. Esoknya keadaan bertambah baik. Maka bermulalah semula keriuhan yang dirindui ibu. Sebenarnya, sebelum ke Klinik Anjung Karisma kami dah bawak anakanda ke Hospital Pakar S#######. Tapi ubat yang diberi tiada kesan langsung. Doktor di hospital tu pun tak pulak bagi antibiotik. Alhamdulillah terdetik abah nak bawa anakanda ke Klinik Anjung Karisma malam tu. Sejak anakanda Amrullah semakin besar ni, akalnya pun semakin panjang. Kelucuannya pun semakin menjadi. Amrullah pun dah boleh diharap, disuruh itu dan ini. Nasib baik anak ibu sorang ni rajin menolong. Amrullah pun dah mula memahami apa yang kita katakan. Satu lagi perkara yang anakanda suka ialah menyebut apa yang kita eja. Satu perkembangan yang baik terutama untuk melatih ingatan. Alhamdulillah, sekarang semua selamat. Teka Amrullah dapat apa haritu? Apa lagi kalau bukan "Otomen Tiga".(refere gambar atas, yg biru tu otomen tiga, yang merah otomen cosmos) Hero favourite anakanda tu.

Ibu dan abah sentiasa mendoakan semoga anakanda Amrullah sentiasa dilindungi yang Maha Esa dari segala perkara yang tidak diingini dan menjadi anak dan soleh. Rajin-rajin jaga adik ye.

2 comments:

iu rf said...

alhamdulillah x ape2 amrullah.. moga2 dihindarkan drp sakit di musim sakit nih..

doakan skali yer..:D

zueyie said...

alhamdulillah wid, semua selamat. kami di sini pn mendoakan wid sekeluarga sentiasa dilindungi olehNya.Take a good care..:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''