Wednesday, June 13, 2012

Anakanda Amirrullah 1 Tahun

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم



Hari ini 13 Jun 2012 (mengikut kalender omputih), Anakanda Ahmad Amirrullah genap 1 tahun. Alhamdulillah, syukur. Anakanda Amirrullah kini membesar dengan sihat dan aktif. Walaupun sebelum ini anakanda menghidapi sakit kulit. alhamdulillah semua dah kembali normal. Anakanda mula menghidapi sakit kulit ketika berusia 2 bln sehingga berusia 5 bulan. Kesian sangat ibu tengok. Tak henti-henti anakanda menggaru dan menangis. Kulit anakanda merah dan berair. Hati ibu mana yang tak sedih. Tidur malam ibu tak pernah lena. Pelbagai cara kami usaha untuk mengubati anakanda. Dari utara ke selatan, timur ke barat. Tak henti-henti juga en.hubby bertanya orang sana dan sini. Bila berjuma dengan dr, dr kata sakit kulit. Bila berjumpa dengan perubatan alternatif, dorang kata kenan. Bila pergi berubat, kurang sikit, lepas pun mula semula. Orang kata 'tak serasi'. Alhamdulillah, akhirnya kami jumpa dr yang serasi. Rupa-rupanya ia berada di kawasan tempat tinggal kami sahaja. Setelah 4 bulan anakanda menanggungnya, akhirnya Allah makbulkan doa kami untuk mengurangkan penderitaan anakanda. Syukur tak terhingga. Baru tenang sikit hati ibu dan abah. Sekarang anakanda dah semakin besar dan sangat aktif. Tapi agak manja sikit. Mungkin kerana ketika sakit dulu ibu selalu dukung kot. Along dan kakak pun sangat sayangkan adiknya sorang ni. Jangan sebut nak ambik adik, maka akan bergemalah suasana dengan tangisan kakak yang merdu itu. Terima kasih sy ucapkan kepada mereka yang banyak membantu semasa anakanda sakit esp pakTeh n makTeh Bkt Mas, PokNik n MokNik Kedah, ayahTeh Bachok, atuk n nenek dan semua yang membantu. Thanks tu my lovely hubby yang sentiasa bg support kat ibu. (yang tak berapa kuat ni).

Untuk anakanda Amirrullah, membesar dangan sihat ye sayang. Jadi anak yang soleh, Anak yang menghormati orang lain. Anak yang cerdik pandai. Ibu n abah sentiasa akan cuba yang terbaik untuk anakanda3 semua. Happy bornday sayang..we love u.. mmuuaarrhhh...

Tuesday, June 12, 2012

Cuti Sekolah yang padat..

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

Lama betul tak mengupdate blog ni. Macam la selalu update blog pun..hehe. Hari ni sekolah mula di buka setelah 2 minggu cuti. Agak meletihkan juga cuti kali ni. Bukan letih apa pun..letih tapi seronok sebab berjalan..hehe 
Minggu pertama cuti sekolah...Amrullah cuti awal sehari dari orang lain coz kami akan bertolak ke Jakarta pada hari Jumaat. Memandangkan Amrullah dah bersekolah, kami terpaksa 'bercuti' panjang pada musim cuti sekolah. Kami ke Jakarta-Puncak-Bandung selama 8 hari 7 malam. Memang seronok..lebih-lebih lagi anakanda coz dpt masuk Safari lagi. Kedua seronok kaum ibulah..shopping..shopping..hehe . (Kisah selanjutnya akan di upload dalam zueyie step ye..)
Balik dari Indonesia hari Jumaat, terus ke Klang. Tinggal di sana sampai hari Ahad coz ada jemputan kahwin.
Balik dari rumah orang kahwin, badan ku rasa semacam. Perut meragam..seram sejuk..sakit habis tubuh..serba tak kena. Malam tu aku demam kuat.  en.Abah terpaksa menjaga anak-anak coz aku sangatlah tak larat..Thanks sayang. Mungkin kerana demam yang terlampau, sampai mengalir air mataku. Entah kenapa ntah..
Hari selasa baru ok sikit tapi perut masih tak ok. En.Abah bgtau nak kene pi Terengganu coz hari Rabu ada meeting. Kain baju belum sempat dibasuh lagi, rumah pun belum terurus. Jam 5 ptg kami bertolak ke Terengganu. Amrullah pula demam. Kami duduk di sana 3 hari. Amrullah masih belum kebah sepenuhnya. Nasib baik anakanda kurang meragam. Kalau kebiasaannya anakanda bila demam mesti kuat meragam. Alhamdulillah. Hari Sabtu, lebih kurang jam 1 pg baru kami sampai di rumah.
Hari sabtu bolehlah rehat sekejap. Masa ni kain baju kotor jangan cakaplah. Sampai aku terbawa-bawa ke mimpi menguruskan kain baju yang  menggunung tu. Hari ahad pula keluar beli barangan rumah + barangan goodies + ambil kek dari pn.Jenon coz hari Isnin nak sambut bornday Amrullah di sekolah.(Cerita selanjutnya di entry akan datang).

 Amrullah bagi goodies kpd kawan-kawan

Sangat pack rasanya aktiviti kami sekeluarga kali ni. Dan sampai ke hari ni perutku masih tak selesa. Ada orang baru kah???  

p/s:Tahniah kepada pn.Hannan kerana telah selamat melahirkan anak yang ke3. Hero lg ye..Selamat berpantang..

Friday, April 13, 2012

Win COACH Wristlets at BabyIbu

Tiba-tiba jer rasa nak join contest babyIbu ni. Terpengaruh dek iklan cikKema. So cikKema as my refarral. Dah lama sebenarnya tinggalkan dunia contest ni. Mana tau tiba-tiba dapat rezeki terpijak. Insyaallah.
klik banner utk join
tamat pada 31 Mac 2012 15 Apr 2012
Ditaja oleh Rose's Treats, Mia Fichita, CutestCloset, BabyIbu, TwoLittleJJ, dan Miszhoneynadia.
Bagi Penyertaan Melalui Blog

  1. Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini.-done
  2. Link BabyIbu dalam bloglist anda.-done
  3. Membuat entri mengenai contest ini diblog anda - copy paste pun ok. -done
  4. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan juga semua penaja (no link back will be disqualified) -done
  5. Follow blog Rose's Treats, Mia Fichita, CutestCloset, BabyIbu, TwoLittleJJ, dan Miszhoneynadia.-done
  6. Tinggalkan link entri anda di entri contest di blog BabyIbu beserta nama pendek dan email.-done

Thursday, April 5, 2012

Anakanda stay up..rajinnyer..

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

 Posing-posing.haritu jadi spiderboy..harini jadi chetah..pastu jadi stich..pasni apa pula agaknya..

5 April,
Jam menunjukkan sepuluh minit sebelum pukul 2.00a.m. Amirrullah kejap-kejap gerak..kejap-kejap gerak. Cam gelisah jer..Awatlah anakanda ni.. tkkan nk stay up teman abah wat keje kot. Disebabkan bunyi rengekkan anakanda yg kerap menyebabkan kakak terjaga. So ibuZu pun ambik keputusan bawa anakanda Amirrullah ke living area. Tv masa ni tak tutup lg coz abah tengah buat keje. Tiba-tiba...Bulat bersinar mata anakanda nampak cahaya tv. Sudah..nak berjaga ke ni?? Ibu dah ngantuk giler sampai selsema-selsema ni.. Akhirnya..bila ibuZu letak je anakanda dr dukungan...laju jer main. Siap gelak-gelak main sorang-sorang. Nampaknya tk tidolah ibuZu. Bila letak dalam walker, satu rumah dier jelajah. Siap main lari-lari dengan abah. Hilang ngantuk abah. Leh abah sambung wat keje degan segarnya..hehe. Puas duduk dalam walker, anakanda turun sambung main kat atas lantai pulak. Oh ye..Amirrullah sekarang dah pandai naik turun walker sendiri. Subhanallah...bijak-bijak. Pukul 5.20a.m anakanda mula menunjukkan tanda-tanda mengantuknya. Aku tepuk-tepuk je..seminit dua lps tu tido. Selalu nak tido mesti nak gayut..kali ni mudah je tido. Ngantuk benarla tu. Jap lagi dah nak subuh, tunggu subuhlah baru tido. Takut terlajak pulak nanti. Alahai..macam-macam ragam anak-anakku ni..sayang sangat kat anak-anak ibu..mmuuaaarrhhh.  

Anak-anakku..
Hidup ini bagaikan sebuah titian yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh.

-sumber:laman nirani-  

Monday, April 2, 2012

Fikir sebelum berkata??

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي

Atau (selalunya) berkata baru fikir??


Suatu hari...

x : zue, smlm aku contact y..dia kirim salam kat ko. Y kata lama tk dgr cite ko. aku suruhlah Y buka blog ko klau nk tau cite ko. Pas dia tgk blog ko, Y kata ko ni poyolah.  

me : (no komen, just smile)

----------------------------------

Aku tak kisah pun apa org nak kata sebenarnya. Cuma aku pelik perlukah 'dorg' cakap mcm tu.
Ni bukan kali pertama. Pernah gak lps 'org' tgk blog aku 'org' kata aku syok sendiri.
Pernah gak 'org' kata.."klau setakat up-date setahun sekali baik tutup je blog tu".
Dan pernah juga org fikir aku nak menunjuk2 di blog (wlpn 'org' tu tk ckp direct tp faham2lah)
Tapi..ada aku kisah..aku tk ambik port sgt pun sbnrnya..

Tujuan aku berblog bkn utk memenuhi kehendak 'org' ..
cuma sekadar berkongsi cerita dengan family..
dan kwn2..(yg mna nk tahu psl aku)..
dan sbg kenangan di masa akan dtg...

Tapi itulah manusia..selagi kita bergelar manusia, memang tidak pernah lari dr kesilapan..

Last but not least..
"Sharing is caring.. respect each others.."

wassalam..


Friday, March 30, 2012

Adik ada meeting??

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي

Nak caya ke tidak??


 

Ashiilah 3 Tahun

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي

 Sebulan yang lalu....


Dah lama sebenarnya bday anakanda Ashiilah. On Feb 17, 2012. Genaplah 3 tahun usia anak dara ibu. Dah makin besar anak ibu. Makin banyak juga keletahnya. Kadang-kadang geram, lucu..kadang-kadang nak marah pun ada. Tapi itulah yang menjadi penyeri hidup ibu. Semoga anakanda Ashiilah menjadi anak yang solehah. Ingat Allah selalu. Jangan nakal-nakal ye..We love u much.. . Selamat Hari Lahir kakak Ashiilah. Salam sayang dari Abah, Ibu, Along Amrullah dan baby Amirrullah..♥ 


 Staff kedai salah eja nama bday girl. Ibu tulis Ashiilah  dia blasah ejaan lain..sabor jela..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''