Saturday, January 5, 2008

Hong Kong & Shenzhen : 1st Day

Bila tengok gambar bercuti ke Hong Kong & Shenzhen..seronok pula rasanya..
Almaklumlah, first time dapat menjejakkan kaki ke China & Hong Kong..
So nie nak la kongsi serba sedikit pengalaman kami di sana..Manala tau kalau-kalau anda boleh jadikan guide jika hendak ke sana..
30/11/2007
Bermulala percutian ke Hong Kong (HK) & Shenzhen (SZX)....
Awal pagi kami bertolak ke Airport Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Airport yang baru tu konon.. tp.. hehehe...

0820: Kami berlepas dari Airport Sultan Mahmud ke KLIA (LCCT) dengan mengguna pesawat Air Asia.

0910: Tiba di LCCT iaitu lebih kurang 50 minit penerbangan dari Terengganu ke KL. Sebaik sampai di LCCT, terus ke bahagian 'baggage reclaim' dan seterusnya mencari tempat duduk yang sesuai. Almaklumlah p
enerbangan ke Hong Kong pukul 1700... puas gak ler nak menunggu. Sementara menunggu kami bersantai di sekitar LCCT... ada juga yang pergi ke KLIA MTB (Main Terminal Building).Sambil tu, ada yang dah mula mencongak duit untuk berbelanja, so kami tukar dari RM ke Yuen (kegunaan di SZX) dan HKD (kegunaan di HK).

1500: Check-in untuk penerbangan ke SZX dan boarding lebih kurang jam 1630.

1700: Penerbangan Air Asia dari LCCT ke SZX berlepas. Apabila mula sahaja penerbangan, perasaan tak sabar untuk tiba membuak-buak.. yela seronok nak kenal negara orang nie.. pengalaman baru dengan persekitaran yang baru.. berkembang sikit otak nie.. hehehe

2045: Alhamdulilla.. Tiba di Baoan International Airport SZX. Ketika ini tak dapat nak di gambarkan betapa seronoknya hati ni.. Hati orang lain tak tau ler.. hehe.. Tapi klau tengok dari gayanyer semua tak lekang senyuman dari muka masing-masing.... Selepas clearance kami terus keluar untuk mencari teksi untuk ke HK. Masa ni tiada lagi penerbangan Air Asia ke HK. Tu yang turun di SZX. Maka bermulalah episod ayam bercakap dengan itik.. sama-sama tak faham.. hehe.. coz dorg nie kureng sikit English.. Lain yang di tanya lain lak yang dijawab. Nasib baik ada seorang 'sami' yang tahu berbahasa English datang, dialah yang tolong menjadi translater kami.

2200: Akhirnya sebuah MPV "Toyota Alphard" menjadi mangsa kami. Wow... ni ler first time naik keta nie, teringin dah lama.. kat SZX juga kesampaian akhirnya.. hehe.. De
stinasi kami ialah Nathan Road-HK. Ben yang merupakan pemandu kereta tersebut banyak membantu kami sewaktu proses merentasi sempadan China ke HK. Immigration Clearance pun dier tunggu walaupun makan masa. Cuaca masa ni agak sejuk.. bestnyer..

2330: Tiba di destinasi. Kami check-in di New Garden Hotel. Kalau datang ke HK pada musim luruh, sejuk dan bunga, penginapan di sini agak sesuai kerana berhampiran dengan kedai makanan halal serta Masjid Kowloon.

0030: Selepas bersihkan diri dan solat, kami turun di kawasan sekitar untuk mencari makanan sambil menikmati suasana awal pagi.. Perut dah berbunyi.. lapar.. tk makan malam lagi..
Lebih kurang jam 0200, kami balik semula ke hotel untuk berehat dan tidor sebelum meneruskan pengalaman baru
esok... daaa....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''