Wednesday, January 9, 2008

Sarawak : Dec 2006

Disember 2006 yang lalu..
Percutian ke Sarawak memang ditunggu-tunggu... tapi agak meme
natkan.. Mungkin kerana ketika itu aku baru disahkan hamil.. lebih kurang 2bln lebih.. Trimester Pertama merupakan saat yang agak mencabar lebih-lebih lagi kerana alahan ku yang agak teruk... Mual-mual berpanjangan.. Pantang ada bau sikit..mesti pening.. Mukaku yang agak pucat menjadi simpati mereka yang lain.. Nak wat camner... Mungkin sebab ni first baby kot.. Walau bagaimanapun semangat nak bercuti tetap ada... heheh...

21Dec... Kami bertolak dari Kuala Terengganu ke LCCT... Penerbangan dari LCCT ke Sarawak mengambil masa lebih kurang 2 jam 50 minit. Di sana kami menginap di Holiday Inn Hotel. Lebih kurang 20 minit dari Airport Kuching. Tempat yang agak strategik. Terletak di bandar dan berdekatan dengan 'Waterfront Sarawak'. Hotel kami berhadapn dengan Cat Statue ... sian kucing tu sekeluarga dah diawetkan.. heheh Nasib hang ler kucing... Oleh kerana tidak seorang pun di antara kami yang tahu tempat-tempat menarik dan tempat makanan di Sarawak, ni kira 'gamble' la cari tempat untuk berjalan dan tempat makan.. Nasib baik kerana tidak jauh dari situ, kami jumpa deretan kedai makan.. Alhamdulilla.. perut dah lapar bebenor dah nie.. macam dah masuk angin pun ada...Kita makan dulu..

22 Dec... Pagi-pagi hari lagi, kami telah membuat panggilan untuk menyewa van bagi memudahkan pergerakkan. Saja nak adventure sikit, nak gerak sendiri berpandukan 'map' la kononnye.. Destinasi pertama nak pergi ke Gunung Santubong. Orang kata leh naik. Sekali hujan pulak. Cari jalan naik.. tkde pun. Ish.. betul ke leh naik, masing-masing dengar orang kata, pengalaman sendiri tak de. Last-last ke Kampung Santubong jer.. Kira jadilah.. Perjalanan kurang lancar di sebabkan hujan, almaklumlah kami bergerak pun ikut kaki penekan minyak van dan pembaca peta... heheh.. Destinasi seterusnya 'Perkampungan Budaya Sarawak'. Tapi hasrat untuk masuk ke Perkampungan Budaya terpaksa dibatalkan kerana hujan semakin lebat, kat dalam tu kena berjalan kaki dari satu rumah ke satu rumah. So esok je la kami datang balik. Kemudian kami terus ke 'Muzium Kucing'. Ia terletak di atas puncak Bukit Siol, lebih kurang 60 meter dari aras laut. Landscape dia memang cantik. So kami pun masuk, free je. Banyaknya kucing. Ok jgk tempat ni, comel-comel kucing kat situ. Kepada penggemar kucing pasti suka sangat datang ke sini.

Pada sebelah petang, kami berjalan-jalan ke 'Riverbank Suite' , 'Waterfront Sarawak' dan kawasan sekitarnya. Kami juga mengambil peluang menyusuri sungai Sarawak. Sebenarnya sampan yang ada di situ digunakan untuk orang ramai menyeberang sungai dari waterfront ke kampung seberang. Ia juga dikenali sebagai River Teksi. Tapi kami pujuk-pujuk pakcik sampan tu supaya membawa kami menyusuri Sungai Sarawak. Kitorang bayar extra la.. hehe.. Kami juga sempat melihat sunset.. sangat cantik. Kami berhenti di kampung seberang untuk makan malam. Tambang sampan pada ketika itu ialah 50 sen seorang.

Selepas makan, kami pergi ke Parkson Grand.. main bowling. Saja dah lama tak main bowling.. sesekali main ramai-ramai syok jugak. Balik dari main bowling kami berjalan-jalan di Waterfront untuk membeli beberapa cenderahati. Mengikut sejarah, dahulunya ketika James Brooke mendarat pada tahun 1839, hanya ada pondok kayu beratap nipah di sepanjang Sungai Sarawak. Namun kini ia bertukar wajah dan dikenali sebagai 'Bazar Utama'. Terdapat pelbagai barangan kraftangan untuk dijadikan cenderahati.. kek lapis Sarawak pun ada.

23 Dec...
Hari ini, kami memulakan perjalanan ke Perkampungan Budaya. Ganti semalam.. hehe.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari tempat penginapan kami. Perkampungan ini seluas 17 ekar, terdapat tasik di tengah-tengah perkampungan ini. Untuk masuk kami di beri sebuah 'pasport'. Kami dikehendaki mendapatkan 'cop' pada pasport tersebut sebagai tanda kami telah sampai di rumah budaya/etnik di Sarawak seperti Rumah Bidayuh, Rumah Iban, Rumah Penan, Rumah Melanau, Rumah Orang Ulu, Rumah Cina dan Rumah Melayu. Setiap rumah akan menunjukkan budaya dan hasil kraftangan mereka kepada pengunjung. Selepas mengunjungi setiap rumah etnik Sarawak, kami menyaksikan persembahan tarian kebudayaan Sarawak di dewan besar selama 45 minit. Sungguh asyik dan menarik.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Pasar Sarikin. Pasar ini terletak bersempadan dengan Kalimantan. Patut pun banyak motor no plat seberang.. hehe..
Terdapat banyak barangan seperti tikar, kain dan pelbagai barangan kraftangan dijual dengan harga yang murah. Boleh dikatakan setiap di antara kami la penuh tangan bawa barang kiri kanan. Kemudian kami sambung shopping di bandar kuching. Ada juga di antara kami yang membeli tikar di kedai yang menawarkan khidmat penghantaran terus ke rumah melalui pos. So tak perlulah lelah-lelah bawak naik kapal terbang.. heheh.

24 Dec...
Kami pulang ke Semenanjung. Walaupun percutian yang singkat, namun cukup bagi kami untuk mengenali Negeri Sarawak Bumi Kenyalang ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''