Sunday, January 6, 2008

Hong Kong & Shenzhen : 3rd Day

Hari ketiga.. Penerokaan di Hong Kong bersambung lagi...
02/12/2007

0730: Permulaan perjalanan kami adalah dari stesen subway Tsim Tsa Shui ke stesen Admiralty. Dari sini kami terus ke stesen bas untuk ke taman permainan yang terkenal di Hong Kong iaitu Ocean Park. Kami menaiki bas dua tingkat dan tiba di Ocen Park pada jam 0900.

0930: Ocean Park dibuka dan kami memulakan pengembaraan di taman tema ini dengan perasaan yang sangat gembira dan ceria.. udara nyama, pemandangan cantik, sejuk dan perasaan kami seakan-akan sedang dibuai mimpi saja... hehe.. Di sinilah kalau nak menguji keberanian dan kecekalan dan juga jatidiri anda..
Kami naik kereta kabel dilereng bukit dan seirin
gan dengan laut yang biru.. pemandangan dan panorama yang begitu indah sekali.. Sebelum memulakan apa-apa permainan, kami sarapan pagi dulu di Ocean Park.. Lepas sarapan baru kami mula bermain permainan di taman tema tersebut.
Permainan pertama adalah 'Spinning Tower' iaitu satu tempat
untuk menikmati pemandangan persekitaran dari tempat tinggi.. dalam spinning tour tu kami berputar beberapa pusingan dan boleh melihat dengan jelas persekitaran dan apa-apa saja permainan yang terdapat dalam taman tema tersebut... hehe.. seronok tuuuuu...

Seterusnya, lepas spinning tower, kami main
'Dragon Rollercoaster' huiiiihhhh.. mencabar betullll... siap berputar-putar, berpusing-pusing tiga empat pusingan sampaikan biji mata kami pun turut berpinar-pinar...
nasib baik tak juling..
Lepas main dragon rollercoaster, kami main Tower Drop Challenge, permainan yang kena duduk atas kerusi then akan dibawa naik ke atas setinggi-tingginya.. then dibiark
an bertenang selama 10 saat, then kami dilepaskan jatuh ke bawah.. free fall yang begitu laju sekali.. Sehingga ada yang rasa cam tertinggal jantung ker atau tertinggal hati ker atau yang terasa tertinggal rohnya di atas tu... ish.. ish... mencabar betulllll...

Lepas main Tower Drop Challenge, kami berehat seketika untuk menghilangkan ras
a Fenin-lalat tu.. lepas semua okey.. kami main Viking, permainan ni kira okey la.. takla begitu mencabar... tapi kalau bagi mereka yang belum pernah main tu.. leh muntah gak.. leh mabuk laut jugak la.. Seterusnya, kami main 'Raging River Challenge', iaitu permainan yang duk dalam kayu balak (dari fibre, ada tempat duduk) then travel sepanjang sungai yang dibuat dengan arus yang sangat laju.. then naik tempat tinggi.. then jatuh menghempas air.. wowwwww. basah habis baju kami... terpaksa berjemur beberapa ketika untuk mengeringkan pakaian ... tapi yang penting adalah kepuasan bercuti.. dan kami semua rasa sangat puas hati..

Raging river challenge adalah permainan penutup kami di Ocean Park. Terdapat banyak lagi permainan yang belum kami main, tetapi oleh kerana masa tak mengizinkan kami bermain semua, maka kami terpaksa meneruskan perjalanan kami... tetapi InsyaAllah.. kami akan datang lagi.. datang.. jan
gan tak datang..

1500: Kami keluar dari Ocean Park dan terus menuju ke Aberdeen Harbour. Dari sini kami menaiki bot untuk ke JUMBO Restaurant. Kami makan terngahari di JUMBO Restaurant.. makanan di sini sangat enak dan menarik.. kami makan sea food.. Selepas makan tengahari di Jumbo Restaurant tu, kami ke Hong Kong Convensyen Center atau dikenali dengan nama 'Golden Buddha' tapi bukannya ada patung Buddha pun.. cuma ada sekuntum bunga Lotus Emas. Kami semua bersantai di sini untuk beberapa ketika sebelum kami menaiki Feri dari Victoria Harbour ke Tsim Tsa Shui jetty.

1530: Tiba di Tsim Tsa Shui Jetty, kami terus ke 'Waterfront Promenade' iaitu satu tempat yang dibina khas untuk menikmati 'Symphony of Light'. Pertunjukkan laser pula bermula jam 2000 setiap hari. Sebelum synphony of light berlangsung, kami dapat menikmati pemandangan bangunan yang beranika warna , bentuk dan hiasan lampu di kepulauan HK.. hati kami sangat terhibur dan kagum dengan kesungguhan mereka menghiasi bangunan masing-masing dengan kreativiti tersendiri..udara yang nyaman dan angin lauk sepoi-sepoi bahasa.. waahhh bestnyer tido... hehe.. Berdekatan tempat kami pula terletaknya 'Clock Tower'.

Selepas menikmati keindahan symphony of light, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki untuk balik ke hotel. Sambil berjalan boleh menikmati keindahan malam sambil excercise.. Nak di jadikan ceri
ta, salah seorang dari kami bengkak kaki sebab makan seafood, walhal empunya badan pantang sikit dengan seafood nie.. hehe.. sesekali dapat makan seafood segar... bedal ajerla.. so kami pun berjalan perlahan-lahan sambil menikmati dan mengenali bandaraya HK. Kurus sikit balik nanti... :-)

2030: Kami tiba di perkarangan hotel dan terus berhenti makan di Chungkin Mension. Seperti biasa kami makan nasi biriani, kari, naan dan tandori..
Selepas makan malam, kami berjalan-jalan di kedai-kedai k
ecil di kawasan sekitar.. Kemudian kami balik untuk berehat.. Hari ini dalam sejarah berjalan kaki selama hampir 2 jam menjelajah bandar HK... ringan jer kaki rasa... bagi yang bengkak kaki..berat jer kaki rasa..heheh..

Hari ini merupakan akhir terakhir kami di HK. Esok kami akan ke SZX untuk pula...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''