Saturday, January 5, 2008

Hong Kong & Shenzhen : 2nd Day

Hari kedua.. jeng..jeng..jeng...bermulala episod jalan-jalan di HK...
01/12/2007
0070: Sebelum memulakan ekspidisi, apa-apapun cari makan dulu.. hehe. Kami bersarapan pagi di kawasan berhampiran kemudian terus menaiki 'subway' dari stesen Tsin Tsa Shui ke stesen Admiralty untuk ke 'Victoria Peak'. Victoria Peak
merupakan salah satu tempat wajib kunjung bagi pelancong ke HK.

0930: Sampai di Victoria Peak, nasib baik orang masih belum berapa ramai. Kami terus beratur membeli tiket dan terus beratur untuk menaiki tram. Semasa beratur untuk menaiki tram, kami terserempak dengan Jackie Chan tengah berposing dalam sangkar... hehhe.. Kami menaiki 'The Peak Tram' menuju ke puncak 'The Peak'. Sepanjang proses pendakian ke puncak, pemandangannya amat cantik sekali. Pemandangan bandaraya HK dapat dilihat dari puncak, indah.. cantik.. menarik.. kau memang de boom.. udara yang nyaman dan sejuk.. amat menyenangkan.. kapal bergerak di lautan.. Tapi bagi sesiapa yang gayat jangan pandang ke bawah.. takut fenin.. Amat berbaloi sekali.. anda tak akan menyesal kalau datang ke puncak 'The Peak' ni. Kami makan tengahari di sini sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

1400: Kami turun dari 'The Peak' dan terus menuju ke 'Admiralty subway station'. Masa ni di kaunter Peak Tram,orang beratur punyalah panjang..sampai ke jalan utama.. Dari sini kami ke stesen central untuk tukar train. Tukaran train ini adalah kerana kami akan menuju ke suatu tempat yang tersangat dinanti-nantikan.. iaitu Hong Kong Disneyland... Wowwwww.. best tuuuu... Perjalanan kami ke Hong Kong Disneyland memakan masa selama 1 jam..

1500: Kami tiba di Disneylang Hong Kong..Yeyehh.. Kami yang tadinya sudah mula letih bersemangat semula. Sebelum meneruskan pengembaraan di alam disney, kami solat dulu..yela .. kat dalam tue sure orag padat nyer..

1530: Pengembaraan di alam disney bermula. Terdapat empat bahagian iaitu 'Main Street,U.S.A' , 'Adventureland', 'Tomorrowland' dan 'Fantasyland'. Sebelum melepasi pintu masuk disney, beg kami akan diperiksa. Alangkah sedihnyer kerana kami terpaksa membuang makanan yang ada di dalam beg.. Mereka tidak membenarkan membawa makanan luar masuk.. Ish.. ish.. Klau tau awal-awal lagi kami sorok. So pastikan anda sorok elok-elok makanan yang anda bawa. Kami tak dapat nak menjelajah semua alam disney kerana waktu yang agak singkat. Yela.. sampai pun dah petang.. So kalau nak datang elok spend masa lebih sikit di sana.

Pengembaraan kami bermula dengan melalui pekan-pekan alam Disneyland. Sepanjang jalan di dalam disney, anda akan dapat lihat beberapa persembahan seperti aksi badut, pancaragam dan lain-lain serta beberapa ka
rtun disney berlegar-legar seperti mickey, minnie,pooh dan seangkatannya. Kemudian kami pergi ke 'Tarzan Jungle Adventure'. Kami menaiki boat mengelilingi perkampungan tarzan. Pengembaraan yang sangat menyeronokkan..sampai nangis anakanda dek kerana terkezut.. kene serang dengan binatang buas seperti ikan piranah.. gajah.. buaya... di siram air... di kelilingi api..dan ada juga pelancong yang dikepong oleh badak sumbu.. pengalaman yang sangat seronok..

Kemudian kami memasuki dewan 'Mickey Magic', iaitu pertunjukkan 3D. Ni pun best jugak..mana taknya ada pengunjung yang cuba mengelak dan mencapai barangan yang di baling oleh Donald Duck ke arah penonton. Ada yang ingin memetik jewellary yang berterbangan..Sungguh mengasyikkan..
Seterusnya kami travel menaiki kereta kecil Pooh.. memasuki alam keluarga pooh.. cute sangat..

Seterusnya kami ke 'Sleeping Beauty Palace' untuk melihat pertunjukkan 'Mickey Music'. Pada masa nie kaki masing-masing dah mula rasa lenguh.. So ada di antara kami yang mengambil keputusan untuk duduk di situ sehingga jam 2000 untuk persembahan penutup iaitu Persembahan Bunga Api.. Ada yang pergi berjalan-jalan untuk membeli sourvenir. Tepat jam 2000, persembahan 'Fireworks Musical' bermula. Semua pengunjung teruja..amat cantik dan mengagumkan..


Sebelum balik ke bilik, kami berhenti makan di 'Chung King Mension', kami makan di Pakistan Restoran.. Kami makan nasi biriani dan roti naan... besttt.... Alhamdulilla..kenyang..

2330: Sampai di bilik masing.. Barulah rasa letih... so masa untuk rehat... jumpa lagi esok.....

2 comments:

Anonymous said...

Althouth it's only 3d but Mickey Magic is very good, isn't it ?

♥ Darina Shower Scrub said...

definitely yess...:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''