Sekadar cetusan untuk dikongsi...
ASW..oh ASW
Baru-baru ni dihebohkan tentang imbuhan yang bakal diterima oleh pelabur ASW. Mendengar pengumuman itu, ramai pelabur tersenyum lebar sampai ke telinga. Namun sedarkah anda PNB mengumumkan kadar pulangan ASW 2020 sebanyak 6.3 sen shj. Apa yang di hebah-hebahkan Pelabur untung! Tujuannya? Untuk menarik lagi pelabur menyertai ASW. Walaupun ramai yang tersenyum gembira (terutamanya kaum bukan bumiputera), pendapatan seunit jatuh 10% daripada tahun sebelumnya (7 sen). Yang peliknya, pulangan seunit ASW 2020 ini menyusut ketika kadar keuntungan ASW secara keseluruhan meningkat 12.6%! (Daripada RM498 Juta tahun lepas kepada RM592 Juta tahun ini). Adakah ada maklumat yang tidak dikongsikan bersama pelabur? Kenapa? Mari kita bersama berkongsi kupasan Mommy Lyna.
Ustaz Ismail Kamus
Sejak kebelakangan ini tersebar berita Ustaz Ismail Kamus telah meninggal dunia. Tersebar msg ke sana sini. Hubbyku turut terima mesej itu. Akupun cuba mencari kebenaran. Namun rupanya ia hanya khabar angin yang tidak benar atau dengan kata lain fitnah. Maklumat lanjut dikongsi di sini. Kenapa perlu disebarkan fitnah?? Adakah kerana 'kuasa'. Angkara siapa dan apa sebabnya. Tidak takut hukum Allah ke mereka ini? Hanya mereka yang berbuat begitu ada jawapannya...
H1N1 oh H1N1
Benarkah ada yang mengatakan H1N1 adalah senjata biologi yang sengaja diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu. Penyebaran virus ini sekadar 'test' sejauh mana keberkesanannya. Walaupun mereka tahu pasti banyak nyawa yan terkorban. Tapi pedulikah mereka? Benar atau sekadar khabar angin? Angkara siapa? Apakah tujuan disebalik kewujudan virus ini? Pasti kita tahu jawapannya jika kita benar-benar mendalaminya. Wahai insan cerdik pandai, fikirkanlah...
Kuasa oh Kuasa
Jika kita lihat secara amnya, semua ini ada kaitan dengan kuasa. Anda setuju? Manusia boleh menjadi giler juga disebabkan kuasa. Kini sesiapa yang berkuasa mampu membuat apa sahaja. Kini masing-masing hendak menunjukkan power. Tidak kira orang atasan, pertengahan atau pun bawahan. Bos mahupun pekerja. Semua sama sahaja. Asal mereka mempunyai kuasa, walaupun sedikit, terhadap hal-hal tertentu, akan digunakan semaksima yang mungkin. Adakah ia sebagai "hanya sekadar menggunakan kuasa yang dia ada" atau "inilah kesempatannya, bila lagi..".
Waallahuaklam.....
Sesungguhnya Allah yang Esa lagi maha Berkuasa..
No comments:
Post a Comment