Contest wansteddy: Love Teddy Bear.
Assalamualaikum kepada pengunjung blog ku. Nampaknya aku masih di dalam mood contest lagi. Mengatasi mood n3 raya nampaknyer.. Jangan mare. Contest kali nie cam cute jer bunyi coz melibatkan teddy bear. Sememangnyer aku ni peminat teddy bear. Tu yang semangat lebih..kuikhiik:P. Contest wansteddy: love teddy bear ini di anjurkan oleh MummyAliya aka wansteddy. Penyertaan last minute lagi. Nasib baik MummyAliya kata masih sempat. Leh la aku join contest lagi..heheh..:) Contest jangan tak contest. Kali ni gambar anakanda Ashiilah dipertaruhkan. Aku suka sangat tengok gambar ni. Kenapa? ....bersambung
..(untuk memenuhi syarat no.7)..sambungan..
Aku suka sangat gambar ni kerana anakanda Nurul Ashiilah nampak gembira sangat-sangat. Tengoklah senyuman anakanda, sampai ke telinga. Tapi takde gigi, nampak gusi jer...:D Agaknya Ashiilah geli digeletek dek teddy bear tue kot. Betullah orang kata, kalau ada masalah tengoklah baby. Tiap kali bila aku tengok gambar ni, dengan ibu Ashiilah terasa kegembiraan anakanda. Tenang rasa di hati. Hilang segala masalah. Semoga anakanda setiasa hidup di dalam ketenangan dan kegembiraan. Muarhhhhh tuk anakanda..
Syarat-syarat wansteddy contest....
1. Jadi follower wansteddy. - done
2. Taruk link blog wansteddy kat bloglist anda. - done
3. Tepek banner contest wansteddy kat sidebar blog anda. - done
4. Sediakan satu n3 yang bertajuk contest wansteddy: love teddy bear. - done
5. Adakah anda meminati teddy bear? Berikan jawapan ya atau tidak. - Ya
6. Tepek gambar mana2 gambar anda atau ahli keluarga anda yang paling anda sukai. Tak kisah la gambar masa kecik mahupun gambar terkini. Pastikan gambarnya jelas. Anda dialu-alukan meletakkan gambar bersama teddy bear (tiada paksaan). - done
7. Ceritakan kenapa anda sukakan gambar tersebut.- done
No comments:
Post a Comment