Thursday, October 29, 2009

Cutest Baby In Walker Contest

Cutest Baby In Walker Contest


Assalamualaikum,
Nampaknya makin rancak blogger-blogger menganjurkan contest online ni. So aku seperti biasalah, penyertaan last minute lagi. Tak sempat la nak buat n3 awal-awal, tp nak join gak..hehe..boleh kan..jangan mare. Moh kite pakat meriahkan majlis.. Contest Cutest Baby In Walker ini dianjurkan oleh ometomei aka orked.

Nama Si Comel : Nurul Ashiilah Bt Mohamad Sabri
Umur : 8 Bulan 2 Minggu pada 31 Okt 2009

Masa ni Ashiilah tengah cuba untuk melepaskan diri dari duduk di dalam walker. Mintak simpati ibu suruh angkatlah tu. Anakanda ni tak berapa suka duduk dalam walker, kejap jer mulalah berbunyi. Tidak seperti abang dia dulu. Biasalah lain anak lain ragamnya. Layan...

Pendapat tentang walker
Saya pun pernah juga buat research tentang walker ni tahun lepas. Masa tu baru nak beli walker untuk anak pertama. Macam-macam pendapat pernah saya baca. Dan ada juga pendapat ada yang menyatakan walker ni kurang sesuai kerana ia boleh skip perkembangan baby secara normal,bahagian pinggang ke bawah tak kuat sebab ada bantuan dari walker. Tapi secara peribadi berdasarkan pengalaman sendiri, walker ni dapat membantu anak berdirikari, kerana mereka boleh bergerak sendiri. Sebagai surirumah ia juga dapat memudahkan saya dalam membuat kerja seharian. Namun kita perlulah sentiasa memantau pergerakkan anak kerana walker ni agak laju, takut anak terbabas ke mana-mana. Takut juga kalau anak kita pergi ke tempat yang mempunyai barang bahaya dan mencapai barangan tersebut. Pemilihan walker juga penting untuk memastikan anakanda selamat. Pilihlah walker yang bertayar banyak (direkoman/diberi tips oleh staff Anakku) untuk mengelakkan walker mudah terbalik bila anak kita turun dari satu aras ke aras lain. Belilah walker yang agak stabil supaya bila dipijak/dipanjat ia tidak mudah terbalik. (Abg ashiilah rajin benor memanjat walker ni) Ini kerana walker adalah objek ringan. Berdasarkan ciri-ciri itulah kami membeli walker yang digunakan anakanda sekarang. Alhamdulillah semua selamat.

Bermula 6 Oktober hingga 31 Oktober 2009
Kepada kengkawan blogger yang sudi nak join..ape tunggu lagi…jom join same..
3 pemenang
akan dipilih mengikut gambar yang menarik dan pendapat kreatif.
Hadiah menarik dan istimewa akan diterima oleh pemenang


Syarat Penyertaan • Jadi Follower ometomei dan add ometomei dalam bloglist anda. - ok
• Umur si comel mestilah tidak lebih 2 tahun - ok
• Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - ok
• Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel yang berada di dalam walker - ok
• Ceritakan pendapat anda tentang walker tersebut (baik dan buruk)
- ok
• Sila nyatakan nama si comel dan umurnya - ok
• Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. - ok

1 comment:

Orked said...

salam...

hai asiilah tomey..mekasih join contest auntie..

gud luck sayang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''