Wednesday, November 30, 2011

Erti Sebuah Perkahwinan

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم


Lain orang lain pendapatnya apabila berbicara tentang sebuah ikatan perkahwinan. Ada orang menganggap perkahwinan adalah satu ikatan suci yang perlu dijaga sampai ke mati. Ada orang berpendapat perkahwinan itu satu titik tolak kehidupan baru, jika sesuai diteruskan, jika tidak cukup sampai di situ sahaja. Kalau dulu artis-artis sahaja kita dengar..kejap-kejap bercerai atas alasan "tak sesuai". Tapi kini ia umpama satu fenomena yang tidak asing lagi bagi kita. Tak sesuai..bercerai. Buat apa seksa diri, makan hati katanya. Ialah kita berkahwin bukan untuk disakiti, bukan untuk dikhianati. Bukan untuk dikeji, buka juga untuk menjadi mangsa keadaan. Pasti kita impikan sesuatu yang indah sahaja dalam sesebuah perkahwinan. Kita kahwin untuk dilindungi, untuk disayangi, untuk dikasihi, untuk dijagai. Dibelai manja seperti ketika bercinta. Ikatan suci itu makin goyah apabila dicampur tolak pula dengan kes janji tinggal janji. Tipu sana sini. Tak ketinggalan juga di mana antara sedar dan tidak, kita telah menggoyah instutusi perkahwian itu sendiri apabila melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. Katanya...Tak berniat tapi terpaksa.(Tak niat nak buat tapi buat) Kononya untuk menjaga hati. Bila terbongkar makin parah pula jadi. Entahlah aku pun tak nak ulas lagi. Tujuh hari tujuh malam pun tak tentu abis lagi. Apabila kita berkahwin seseorang wanita itu jadilah isteri bukan perempuan, dan si jejaka pula jadilah suami bukan lelaki. Korang tak faham?? Buat-buat faham je la.. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. 2 insan yang berbeza di dalam satu ikatan. Ketahuilah, selain dari diri kita adalah orang lain. Belajarlah dan carilah kesesuaian dalam diri pasangan kita. Dengan bantuan dan izin Allah, insyaallah.. Pada aku, perkahwinan itu satu ikatan yang murni yang perlu dijaga sampai mati..Insyaallah. Pahit manis asam garam dalam rumahtangga sebenarnya mendidik kita menjadi insan yang lebih kuat dan tabah. Walaupun kadang kala kita rasa tidak tertanggung. Ia membawa kita lebih dekat dengan Allah. Pengalaman-pengalaman itulah yang mengajar kita erti kehidupan.

Ya Allah, Kau panjangkanlah jodohku dan suamiKu Mohamad Sabri. Kau permudahkanlah perjalanan rumahtangga kami. Eratkanlah ikatan perkahwinan kami. Sesungguhnya Kau Maha berkuasa di atas segalanya.

p/s: Sayang..tqvm 4 everything. Susah senang bersama selamanya...love u.

2 comments:

AkmaFaizal said...

Semoga berbahagia sampai syurga. Amin

zueyie said...

Insyaallah..aminn.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''