Deerland dan Kuala Gandah
Baru-baru ni, kami sekeluarga + acuYana (adikku) telah ke
Kuantan, Pahang. Agenda utama,
hubby ku ada
meeting di sana. Agenda sampingan berjalan-jalan ke
Deerland dan
Kuala Gandah. Hehehe.. Kami bertolak pagi Sabtu, jam 11:00. Kemudian kami berhenti
makan di Ulu Bendul. Ala kedai yang masuk rancangan
Warung Kita tu.
Test sekali betul ke sedap. Rupanya-rupanya memang sedap. Kami meneruskan perjalanan ke Kuantan.
Alhamdulilla kami sampai di
Vistana Hotel lebih kurang jam 16:00. Nasib baik ada bilik,tapi tinggal
executive room jer. Takpela, nak wat camno..
last minute. Namun ada sesuatu yang tak di sangka telah berlaku. Sampai jer parking
Vistana tiba-tiba aku perasan ada asap keluar dari bawah kereta.
Hubby ku tak sedap hati. Lepas
check-in hubby terus bawak kereta ke bengkel. Rupa-rupanya ekzos kereta tersumbat.



Tengok dari keadaan cam dah lama tersumbat. Nasib baik takde apa-apa. Malan tu kami makan di
Restauan Ani Ikan Bakar Petai. Kami
order Ikan Merah Bakar, Udang Masak Sambal Petai (Udang besar-besar pehe Ashiilah),
Sup Cendawan, Sayur Kailan Ikan Masin dan Telur Dadar. Perhhhh.. sedap giler. Meleleh air liur bila teringat balik.


Hari Kedua: Selepas bersarapan, kami bersiap sedia untuk check-out lebih kurang jam 10:30. Perjalanan di teruskan ke
Deerland dan Kuala Gandah. Perjalanan melalui
Highway LPT, exit Lancang. Selepas tol
exit Lanchang dah ada
signboard ke
Deerland, ikut jer. Perjalanan ke Deerland mengambil masa lebih kurang 2jam dari Kuantan. Jalan masuk ke Deerland agak kecil dan berlekuk-lekuk
(part ni yang kurang gemor ni,tkde ke pihak tertentu nk besar dan cantikkan jalan. ni kan tempat atraction. barulah orang ramai datang). Harga
tiket rm5.
Best jugak kat sini walaupun tempatnya tidaklah sebesar Zoo Negara. Di Deerland pengunjung dapat memberi makan
(hampir kesemua binatang) dan memegang binatang yang ada. Satu pengalaman yang menarik. Mula-mula ingatkan anakanda Amrullah takut, rupa-rupanya dia yan lebih. Pantang nampak binatang sibuk nak pegang. Tak tau takut atau geli rupanya dia. Gembiranya bukan main lagi. Dulu masa ibu bawa Amrullah ke
Zoo Lok Kawi tak pulak
excited macam ni Amrullah. Mungkin kerana di zoo kita hanya dapat lihat binatang dari jauh jer. Semua binatang ibu pegang kecuali sang ular
(goli mak oii). Tapi acuYana siap letak di leher lagi. Binatang yang tak pernah aku tengok tapi aku dapat kenal di sini ialah
Hedqehoq. Ia binatang spesis landak kecik.
(Refere gambar bawah,kanan)


Perjalanan di teruskan ke
Kuala Gandah. Ia melalui jalan yang sama ke Deerland cuma ia lebih ke dalam. Dari Deerland ke Kuala Gandah lebih kurang 10minit. Di sini masuk percuma
(nama formal : Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah). Sebelum masuk pengunjung dikehendaki mendaftar. Pengunjng akan diberi sticker, ada 3 warna :
merah,
hijau dan
kuning. Setiap
sticker ada pas tertentu.
Sticker hijau : khas.
Sticker kuning : anda boleh memberi makan, menunggang dan mandikan gajah
(bilangan terhad).
Sticker merah : memberi makan gajah sahaja. Kami hanya dapat
sticker hijau. Staff kaunter tu kata kami
boleh pegang dan bagi makan gajah jer. Jam 13:00 / 13:30 / 15:45 ada video
show tentang Gajah dan Kuala Gandah. Ia dibuka kepada umum setiap hari.



Lebih kurang jam 14:00, kami pulang ke KL. Malam ni ada majlis makan-makan sempena hari jadi kakLang, abah dan hari bapa.
Sponsored by kakLang. Bertempat di
Restauran Tupai-Tupai jam 21:00
(akulah tu yang cadangkan di Restauran Tupai-tupai..hehe, ambil kesempatan). Dah lama tak makan kat sini. Kami order
Ikan Goreng Special Tupai-tupai, Tomyam Campur, Sayur Campur, Telur Dadar, Butter Prawn berserta
air Buah Naga dan Durian Belanda jug. Burrhhhhh..kenyang tahap membuntal. Sedap-sedap. Masih macam dolu-dolu.



Selamat Hari Jadi kakLang aka makLang dan Abah aka Atok. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Aminn...