Sunday, January 6, 2008

Hong Kong & Shenzhen : 4th Day

Hari keempat...bangun pagi nie badan ringan sikit.. Agaknya sebab semalam dah excercise kot..eehh..camner er ngan kawan kita sorang tue...Anyway..kami semua masih lagi dalam mood holiday....:)
03/12/2007
0700: Kami bersarapan di Holiday Inn. Aktiviti pagi ini ialah membeli belah barangan untuk dijadikan sourviner. Selepas sarapan kami memberi belah di sekitar kawasan Kowloon. Pelbagai sourviner yang menarik ada dijual.. barangan di sini agak murah berbanding dengan tempat kita. Ada di antara kami yang membeli hp.. memang murah dan teknologinya lebih advance dari kita.. complete dengan tv antena, radio, kamera, video, games, mp3, mp4 dan mp5 player, membeli pakaian.. ada juga yang membeli beg.. heheh.. dah tak muat beg la tue..

Kemudian kami menunggu kedatangan driver kami datang untuk menjemput kami ke Shenzhen. Kami menggunakan khidmat Mr.Ben, iaitu driver yang mengambil dan menghantar kami dari Airport International Baoan ke Hong Kong beberapa hari lepas.

1400: Kami bertolak meninggalkan Hong Kong menuju
ke Shenzhen. Sekali lagi kami melalui 'immigration clearence'. Ben hantar kami terus ke Hotel. Di Shenzhen kami menginap di Flora Hotel iaitu hotel yang kami 'booking' melalui internet.

1500: Kami selamat tiba di Hotel kami dan terus check-in. Lepas check-
in, kami solat kat bilik masing-masing... then lepas solat, kami keluar untuk membeli-belah lagi sekali. Kali ni membeli-belah di Shenzhen pulak.

1630: Dengan dua buah teksi, kami pergi ke Hua Qiang Bei Electronic Villege, sekali lagi mata kami naik rabun dan rambang rasanya melihat talipon bimbit yang begitu canggih dan murah.. mobile game pun ada.. lengkap dengan kamera dan game.. boleh main mp3, mp4, mp5 juga. Nasib baik tak terjumpa yang ada GPS dengan dua simm card, kalau tak alamatnya selamat jalan la duitku ini... dah tentu aku beli nyer... apa tak nyer.. dah murah.. beli la.. jangan tak beli.. Bagaimanapun ada pesanan untuk anda jika anda ingin berkunjung ke Shenzhen terutamanya di sekitar Hua Qiang Bei ni.. anda tidak digalakkan menjadi baik hati sangat.. jangan mula berderma sebab jika anda berderma, maka adalah peminta sedekah yang beribu-ribu orang.. berderetan dan berduyun-duyun untuk memintak dari anda.. so jangan berderma..
Lepas membeli-belah di Huaqiang Bei, kami ke Dong Men Street, iaitu suatu bandar yang hanya menjual pelbagai pakaian dan fesyen. Macam-macam adaaaa... ada fesyen terdahulu, fesyen terkini dan juga fesyen ter-akan datang.. yang terakan datang tu rasanya buat masa ni tak ada orang nak pakai kot.. kalau masa akan datang tu mungkin ada orang pakai.. hehe.. tak caya.. cuba la datang sendiri tengok..

2200: Lepas membeli-belah di Dong Men, kami balik ke hotel, lepak.. rehat.. dan tido... esok pagi nak balik Malaysia... Pengembaraan kami di Shenzhen ni tamat di sini saja.. namun ada banyak lagi tempat yang kami belum terokai.. "We'll be back soon..."


2 comments:

Anonymous said...

Hello! I just would like to offer you a big thumbs up for the excellent information you've got right here on this post. I am coming back to your website for more soon.

Review my web site minecraft account

Anonymous said...

ecigs, electronic cigarettes, electronic cigarette, e cig, electronic cigarettes, electronic cigarettes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''