Monday, October 12, 2009

Aksi Di Aidilfitri Contest

Miela77 Aksi Di Aidilfitri Contest.

Assalamualaikum kengkawan. Dah lama benar umah maya ni aku tinggalkan..bagi rehat ..cuti raya. Mula-mula ingat nak buat entry tentang raya. Alih-alih terbuat entry tuk contest lak. Konon-konon tengah pilih gambar tuk entry rayalah, skali ternampak gambar kat bawah ni. Rasa macam sesuai jer untuk contest yang dianjurkan oleh miela77 ni. Tu yang layan contest dulu tue. Hehe..Alasan..alasan.. Boleh ghitu.:) Jomla kita pakat join
Miela77 Aksi Di Aidilfitri Contest ni ramai-ramai. Bagi memeriahkan suasana.. Moh kite...


Ni la gambar yang telah menjadi pilihan aku.

Gambar ni di ambil di pagi raya baru-baru ni, Raya Eidilfitri 2009. Sesi bergambar selepas sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Aku memilih gambar ini kerana nampak "happy" jer dengan pelbagai telatah anak-anak/cucu-cucu bersama atuk dan nenek mereka. Ini adalah sesi bergambar di antara atuk nenek/ ibu dan abah ku bersama cucu-cucu, seramai 18 orang semuanya. Cukup susah nak suruh anak-anak kecil ni berkumpul. Tengoklah, ada yang nak menangislah, ada yang ketawa, ada yang bermuka serious, ada yang cuba melepaskan diri, ada yang tak nak masuk 'korum' dan tak ketinggalan jugak yang tengah duk berposing control ayu & macho. Atuk nenek tak kering gusi ketawa, sampai terkeluar air mata. Takpelah, yang penting kesemua 18 wajah comel cucunda-cucunda dapat dipotretkan bersama atuk dan nenek walaupun dengan pelbagai aksi dan keletah. Ni ada 2 orang lagi adik aku tak kahwin, makin meriahlah suasana nanti. Gambar ini patut dipilih sebagai pemenang kerana gambar yang spontan tapi penuh bermakna. Hanya dengan melihat gambar ini, pasti membuat anda tersenyum. Sesekali berkumpul dah besar rupanya keluarga Hj.Nordin ni. Dari suasana syahdu, berair mata kesedihan kepada suasana air mata gembira. Itulah uniknya Syawal, sedarkah kita. Syukurilah ia..

Produk UK Antivirus Formula Bio-Tech Herbal
Sebenarnya aku pun baru mengetahui tentang kewujudan produk ini. Terima kasih kepada miela77 kerana telah memperkenalkan produk Antivirus Formula Bio-Tech Herba ini kepada aku secara tidak langsung. Ia menarik perhatianku untuk membuat research tentang kelebihan produk ini. Terutamanya apabila ia menyatakan yang produk ini suci dan asli. Selain dapat mengubati pelbagai jenis penyakit seperti H1N1 (ini yang penting), demam, selsema, sakit tekak, batuk, sesak nafas (ini kerana ia boleh meningkatkan kadar oksigen dalam tubuh), ia juga dapat berfungi sebagai penyah toksik dalam badan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk melancarkan sistem perjalanan darah dan sistem penghadaman. Ia juga dapat meningkatkan kadar imunisasi tubuh kita. Secara tidak langsung, apabila kadar imunisasi tubuh kita meningkat, ia dapat mencegah kita dari mudah dijangkiti penyakit dan menyembuhkan luka dengan cepat. Ia kerana sel kulit dapat bertindak dengan pantas. Satu lagi, produk ini bagus kerana ia sesuai untuk semua peringkat umur, dari baby sehinggalah dewasa/tua dan mudah ia digunakan. Memang berbaloi-baloi..

Apakah Syarat-Syaratnya?


Pertama : Uols perlulah menjadi follower Miela77 dan mesti add http://miela77.blogspot.com/ kat link kengkawan uols. - done

Kedua : Uols perlu copy banner diatas dan tepek kat entri dan sidebar uols dengan linkback ke blog daku. - done

Ketiga : Buat entri dan Uols tepeklah gambar Aksi Di Aidilfitri yang paling spontan dan cerita ttg aksi tersebut. Tak kisahlah aksi macam mana dan zaman bila janji spontan dan mencuit hati sesiapa yang melihatnya. Kemudian, beritahu daku kenapa uols perlu dipilih sebagai pemenang. - done

Keempat : Ceritakan apa yang uols tahu tentang Produk UK Antivirus Formula Bio-Tech Herbal. Penceritaan yang kreatif akan meraih markah bonus. - done


Hadiah Tambahan


Kelima : Sekiranya anda membeli UK Antivirus Formula Bio-Tech Herbal bernilai RM57, anda layak dinilai berasingan dan mendapat hadiah tambahan bernilai RM40 yang berupa produk UK Antivirus dan Bio Aura. Hanya perlu nyatakan nombor track Pos Laju yang uols dapat semasa penghantaran didalam entri uols sahaja. Pada yang belum membelinya, uols boleh order dan automatik uols layak untuk dinilai bagi hadiah tambahan ini. - note

Keenam : Sila tinggalkan komen di kotak komen entri ini dengan menyertakan link entri uols dan email address. - done

3 comments:

Unknown said...

Salam..datang menjelajah para pesertaku..semua okies..nantikan keputusannya..

gandakan penyertaan dengan setiap pembelian UK Antivirus bagi membolehkan anda dinilai dua kali..

Promosi terkini beli 3 botol UK Antivirus 5ml hanya RM55 termasuk poslaju..

Suziey Ahmad said...

cewah..masuk contest..good luck :)

♥ Darina Shower Scrub said...

miela: thanks.

suziey : saja gatai2 tangan..heheh..:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''